Sabtu, 29 Disember 2012

Back to school

BACK TO SCHOOL
Banyak banners² yang terpanpar kt bandar tuh. Alahaii.. aku malas balik skolah lagi lah. Apasal awal sangat sekolah bermula nih. Rasa macam baru jah cuti. 
w0ii².. Sedar lah dari mimpi. Tinggal esok je lagi nak buka skolah..
Huh.. Malas nya nak pergi sekolah. 

Hari pertama mesti nak kene dengar pengetua bleter berjam-jam lamanya sehinggalah ada yang pengsan.. 
"SELAMAT DATANG KE AL-FALAH, ANDA SEPATUTNYA BERSYUKUR KERANA TERPILIH UNTUK MASUK KE SEKOLAH INI"
Malas nak bleter panjang lebar lagi. Ini lah yang biasanya didengari semasa sesi sekolah bermula. Selama 4 tahun aku sekolah kat situ. K, aku dah masak kot. Tak percaya? o0k, boleh tanya penduduk tetap al-falah yang lain.

Alamak! Tahun depan aku dah form5 lol. T.T acmne nih? Cuti nie tak bukak buku langsum. Bagus kan saya? Saya emng always bagus. K, perasan.. ==, Saya rasa...rasa macam~ hemm..tak bersedia lagi wott..huwaaa..

Barang sekolah pun tak beli lagi. Baju tak buat lagi.. Hahaha. Tengok! Betapa semangat nye saya nak sekolah. Tak apa lah. Saya memang nak pakai yang lama sebab saya rasa membazir kalau beli yang baru. Setahun je pun lagi kan.

Oke. Tahun baru dengan azam yang baru. Belajar bersungguh-sungguh. K baii.
Tak ada mood~

Sabtu, 15 Disember 2012

About My feelings :)


Assalamualaikum..
Aku tulis ni just for fun je. Hanya luahan hati semata-mata..hahaa. Kalau cakap pasal cinta. Sana sini kita dengar. Sekarang, bercinta zaman skola dah biasa kita dengar kan? Budak skola rendah sekarang pun dah tahu cintan-cintun nie. Aku dulu habuk pun tarrar. Tak tahu ppew. ishh2.. CINTA MONYET laa katakan. Yahh, aku sendiri pun terlahir dari dua insan yang saling mencintai dan terlahirlah aku dan anda2 semua. –-,
 Aku sendiri pun tak tau apa erti cinta.. yang pasti aku dapat merasakan cinta macam sekarang nie..harhar..o0pss..galaksnya aku sebab jatuh hati kat someone. Ngek sungguh. Semua tu mainan perasaan je untuk budak yang dah meningkat remaja.
Tapi cinta itu macam strawberry kan? 
Ada manis, masam, dan pahit..eh strawberry adw pahit ke?urmm..rasanya tak ada.. ppew je la..hhu.
Banyak status aku tentang cinta dan kaseh sayang kan?. Maka, ramailah orang yang menganggap aku ni gatal nak cepat kahwin..huh.. Tak ada lah sampai macam tuh. Kan dah cakap just for fun..

"--------------------------------------------------------------------

Lepas PMR dulu aku tolong mak jaga kedai. Baik kan aku? ahak! Baik la sangat. Hampehh.. ==,
Dan bermula dari situlah AKU SUKAKAN SOMEONE. Dah lama hati aku tertutup untuk budak lelaki. Pahtu datang sorang budak laki nie, nama dia A****. Tak leh gtaw. Privacy. :b  Tapi nak buat cmne, hati dah kata aku suka dia. Fullstop. Mula² dulu tu aku tak galaks mcm nie sebab aku baik. Nak tengok orang laki pun tak berani. wekkz.. Perasan baik~ Sebenarnya tak pun.
Eh macam mana boleh kenal dengan dia? Actually kedai dia dekat je dengan kedai my mom. o0k bermula dari situ lah perkenalan kami. Dia mula menunjukkan keramahan dia tu. Tapi dia memang peramah dan murah dengan senyuman pun. Alahai..melting..Tapi lebih melting kalau dia pakai baju melayu lalu amik wudhuk dan masuk ke surau.. aww..hehee..
ch0p² ..
 Bila ingat balik unik sangat perkenalan kami. Dia tahu fb aku even kami tak pernah tahu nama masing² dan yang pasti dulu aku memang tak letak gambar akuDan lepas tu dia tahu pulak nama sebenar aku even nama fb aku pun bukan nama aku.  Alasan yang dia bagi boleh lah diterima walau susah nak percaya. Tapi Kalau dah memang Allah nak mempertemukan dengan cara apa sekali pun boleh kan..hihi.. 
Aku lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba mengampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata

Mula timbul rasa bahagia
Sejak tu kami mula menegur. k, mula² tuh segan tahap gaban la. Hahaa. Tapi lepas je daripada tu asyik cari peluang je nak p kedai dia supaya dapat jumpa dengan dia even masa tu masih malu tahap gaban. wakaka.. Kalau dia tak ada kat kedai rasa macam tak senang duduk je. huish. Pahtu kan tetiba je dia menghilang. Lama sangat dia menghilang. Sedihnya rasa. :( Suatu hari dapat tahu yang sebenarnya, dia bukan menghilang, tapi dia balik melaka lah..huhu. Masa tu tak tahu lagi dia belaja kat melaka sebab tu ingat dia hilang. haha. Jauh kan dia belaja? Tapi x pe. Walau jauh di mata namun dekat di hati.
♥ kekadang hati ku brtnya
♥Adakah dia da brpunya
♡Kerana diriku berasa
♡Aku ⓙ@ⓣⓤⓗ•ⓗ@ⓣⓘ

PADANYA →_→ ' (o^^)o
Makin lama kami makin rapat. Tapi tak pernah tahu dia dah berpunya ke belum sebab segan nak tanya takut dia cakap kita nak usha dia. Tapi memang yerr pun. hakhak. Suatu hari tu ada lah satu idea cmne cara nak tahu dia dah berpunya ke belum. Yeayh. Aku berjaya. Sekarang dah dapat tahu yang sebenarnya dia tak pernah ada girlfriend pun. Wh0aa. Layak ke aku untuk dia?
Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya
 Now aku ngan A**** dah hampir setahun kenal. Kejap je kan masa berlalu. Makin lama kenal dia makin timbul rasa s***** tu kat dalam hati.. Tapi kerap kali  jugak aku nafikan rasa tu dari hati dan cuba buang jauh². Bukan sebab membenci tapi sebab...err..sebab apa ek? haa..sebab takut cinta bertepuk sebelah tangan. kahkah. Tapi ternyata aku memang tak dapat lari dari rasa tu. Kenapa ek?
Ku terima satu sms..darimu..
Yang tertulis 'Aku suka kamu'
Gembira nya tak terkata bila dia cakap cgitu. Nak lompat² guling² rasanya. Tapi betul ke dia ikhlas suka kan aku? Hope lah kan. But orang cakap jangan terbang tinggi nanti jatuh kan parah.. Sebab tu aku cakap kat dia biar waktu je yang menentukan jalan mana harus dipilih. Perjalanan kita kan masih jauh. Kalau dinyatakan keputusannya sekarang, belum pasti kita akan disatukan. Hati manusia berubah-ubah. Tak sama hari ini dengan esoknya. Moga esok masih ada hari untuk kita bersama.
 Even kkdang rasa nak sangat memiliki dia tapi...aku tak nak memiliki dia untuk sementara but untuk selamanya. Dia pun tak sukakan short relationship. hhu.
So dalam soal aku dengan dia ni aku memang single but my heart is taken by him.huhu
K, thats all for today..hihi

Rabu, 12 Disember 2012

New life :(

Di sini..
Akan bermula episod baru dalam kehidupan.
Dan hari ini..
Akan aku belajar untuk menerima kenyataan bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Tetapi teramat payah untuk ku harungi segalanya.
Meskipun ianya amat pahit namun apakan daya, akan aku cuba untuk harungi segala kepayahan dan keperitan yang bakal menjelma dalam hidupku.
Meski senyum menutup duka di dada, namun tangisan hati ini hanya aku yang rasa.
Aku sedar, tiada siapa yang mengetahui apa yang bakal berlaku esok hari.
Apakah kita mampu untuk terus berada di bawah langit biru tanpa mendung hitam? Diuliti kebahagiaan tanpa sedikit pun kedukaan.
Adakalanya kita tak mahu menerima kenyataan yang hari ini akan menjadi sejarah dan esok akan berlalu.
Peristiwa yang kita rancang dan kisah yang tak kita duka pula terjadi semuanya sudah disuratkan untuk berlaku..
Ya Allah aku mohon supaya diresapkan secebis ketabahan dalam nubari ini.

Sabtu, 8 Disember 2012

Frisbee

 
*السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Jangan lupa jawab salam dulu. Ihikss..

Saya ada story nie. Meh sini meh.. Nak dengar? Nak dengar? o0k, kalau tak nak dengar pun tak pe. Tapi story semalam baru hari nie dapat update..hahaa..hah... Dah lapuk? hmm tak kesa laa.. Asalkan saya dapat luah.. Sebenarnya..sebenarnya...saya tak tahu cmne nak mulakan..hihi..

Oke, saya tak tahu apa status saya sekarang. Masih single atau dah berpunya. Tapi hati saya memang dah berpaut dekat someone tu.. aww... Siapa orangnya? hehee.. Ada lah.. Saya dah lama kot jatuh hati dekat dia.. Tapi...saya cuba nafikan nya dan cuba untuk terima orang lain sebab saya tahu cinta saya bertepuk sebelah tangan.. Eh apa nie dah lari dari tajuk laa.. Next time kita cerita pasal nie k..hahah

7 Dec 2012, Friday

Tarikh yang pasti tak akan dilupakan.. Apa yang special sangat tarikh nie? haa..nie nak cerita nie.. Tapi sebelum tu. Mesti korang tertanya-tanya apa ke benda frisbee nie? Ianya satu permainan yang berkonsepkan ragbi dan bola jaring.. Saya pun tak tahu cmne main dia. Tapi pada tarikh tu saya belajar main tapi just basic je la.. Hahaa.. Jadi saya tahu la serba sedikit.. 

Eleh main tu je tak ada yang special pun..
Wait2.. Ada lah.. Yang special nya sebab orang yang special ngajor saya main bende tuh sume..hihi.. Best glerr kot permainan tuh.. Kalau ada sesiapa yang berminat.. Meh jumpa saya.. Hahaa.. (Macam pandai sangat..)

Bende main lempor tudung periuk.. Kalau lempor tudung tupperwaer dok berasa hati lagi.. 
(Suara2 sumbang masa main frisbee).. 
Hello budak.. Eh budak ke? alaa lantak la.. Kalau tak tahu diam2 je dah la.. Itu disk oke. Tak ada dijual kat sini taw.. Disk tu diimport dari luar negara wott.. Nampak sebarangan je tapi...huu..

Tapi tak syok sebab iqah tak join..huh.. Takot sangat.. Macam bende tu makan orang je.. E'eh.. Cakap banyak pulak.. Padahal dia pun mula2 terjerit-jerit macam nampak hantu.. hahaha.. Tapi bila dah lama sikit tu rasa seronok pulak main yang namanya frisbee nih.. Nak2 permainan tuh tak de la susah sangat.. Cepat je boleh belajar..huhuu

Harap boleh main lagi lain kali.

Dah terasa lapar kot.. k la, smpai di sini sahaja..

Rabu, 28 November 2012

Melupakannya tak semudah mengingatinya ツ ‏

Setiap pertemuan pasti ada perpisahanya.. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Kita tidak pernah meminta untuk mengakhiri sesebuah hubungan itu.. Tapi Allah tetap takdirkan untuk kita.. Jangan kecewa bila kita terpaksa melepaskan orang yang kita sayang kerana Allah akan memberikan jodoh yang lebih baik daripada sebelumnya..

Eh ch0p3...Bunyi macam orang baru lepas putus cinta je kan..hah! memang pun.. Tapi jangan salaa faham dulu..not me k.. Itu tidak benar sama sekali.. Terdetik nak tulis Entry nie untuk kawan yang meminta pendapat bagaimana untuk melupakan seseorang..


Just lupakan dia..hahha..bunyinya pun macam senang je..hmm cakap emang la senang tapi yang tanggungnya kita..
Persoalannya perlu ke kita lupakan dia???
errr....Banyak alasan kot kenapa kita perlu lupakan dia.. Melupakan orang yang kita cintai pasti tidak mudah kan, lagi2 kalau dia first love kita.. Kita telah mencipta beberapa kenangan, kebersamaan dan juga kebahagiaan lalu kita perlu menerima kenyataan bahawa dia sudah bukan lagi milik kita.... Sudah pasti kita tidak akan dapat melupakan dia sebaliknya biarkan saja dia pergi dari hati kita..kerana semakin kita melupakan semakin kita teringat dekat dia..

Lalu bagaimana ingin melupakannya?


1.Jangan berusaha melupakannya
Selagi kita masih cuba menghilangkan ingatan terhadap seseorang itu semakin kita memikirkan tentang dirinya...
kkdang kita lupa padahal kita dah lama menjalinkan cinta lalu dengan sekejap ingin memori itu dihapus..mana bisa kgituh..o0pss...pengaruh cerita indon..ahak! k, sambung..
kita tak akan dapat melupakan dengan waktu sekejap..melainkan dengan kuasa Allah.. Tapi biarlah masa sendiri yang merawatnya. .Jangan memaksa kerana semakin kita berusaha melupakannya, semakin terasa diri tersiksa.. Disaat kita mencintai seseorang memerlukan waktu. Begitu juga kalau ingin melupakannya, ia pun perlu waktu..


2.Sibukkan diri
Mungkin disebabkan kita sunyi kita sering teringatkan dia.. Jadi sibukkan diri sehingga kita tidak memikirkannya lagi.. Mungkin kamu perlu membakar semua surat suratnya, semua fotonya atau membakar semua pemberiannya.. Namun itu tidak akan menyelesaikan masalah, sebab kita tidak akan boleh membakar kenangan yang pernah kita ukir, saat mendengarkan lagu bersama, saat bergurau canda bersama, semua kenangan itu tidak boleh di bakar.. Kerana ia akan tetap melekat di kotak fikiran dan memang itulah kenyataannya, kerana dia pernah jadi orang yang paling dekat di hati kita.


3.Realiti
Kadang orang berani bercinta tapi tidak berani menderita, buktinya ketika perpisahan tiba, sengsara melanda.. Padahal masa kita belum bersamanya, kita masih sendiri.. kita tidak punya orang yang di cintai, kita masih sendiri.. Kemudian ia hadir dengan membawa harapan baru, membawa kisah baru dan membuat hidup kita menjadi bermakna.. Lalu ketika ia pergi kenapa harus kita tangisi, padahal dulu pun sendiri jugak kan?
Seperti mana kata pepatah, cintai seseorang sekadarnya, sebab mungkin suatu saat dia menjadi orang yang paling kita benci. Dan bencilah seseorang sekadarnya saja, kerana mungkin suatu saat ia akan menjadi orang yang paling kita sayangi.


4.Buka hati untuk orang lain
Apabila salah 1 pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka..
tapi lazimnya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu trlalu lama hinggakan kita tak nampak pintu yg telah pun dibukakan untuk kita..



5.Percaya jodoh rahsia Ilahi
Kita tidak tahu siapa jodoh kita yang akan datang.. Boleh jadi perpisahan ini hanya sementara, hanya menunggu waktu untuk di persatukan kembali. Kalau dah jodoh pasti akan bertemu jugak suatu hari nanti.. Jadi usah engkau bimbang soal cnita dan perasaan.. Jika hubungan itu terputus sekalipun, percayalah bahawa semua itu sudah tercatat di dalam takdir..

Jadi tetaplah berdoa semoga esok masih ada hari untuk bersama dengannya..

Isnin, 26 November 2012

Rahsia Kebahagiaan

Tika hati dilanda derita..
Ujian hidup terasa berat..
Bila hati mengenal Tuhan..
Baruku rasa terhibur dalam kasihNya...
Terasalah bahagia dalam derita..

Ujian adalah rahmat dari Ilahi..

Baru kini ku fahami maksudnya..
Begitulah didikan Allah..
Yang Maha Hakim lagi Rahim..
Dalam ujian ada rahmat..
Dalam derita ada bahagia..
Rupanya dalam penderitaan..
Tersirat pengajaran dari Allah..
Juga ada penghapusan dosa..
Sesungguhnya derita...rahsia kebahagiaan..
Kini aku mengerti..
pahit manis hidup ini..
Untukku harungi ranjau-ranjau yang penuh berduri..
KepadaMu ku harapkan..
Ya Ilahi Ya Rabbi..
Agar diriku ini sentiasa di rahmati..

Khamis, 1 November 2012

You just only know me but not my story


Semua orang punya masalah sama macam aku.. Kekadang masalah itu buat kita matang.. Kerna ia adalah ujian dari Allah untuk menguji tahap kesabaran kita.. Allah takkan uji hambanya melainkan hambanya mampu untuk menghadapi..

Mungkin orang lihat aku bahagia dengan kehidupan aku kerana mereka sering melihat aku tersenyum.. Meski senyum menutup luka di dada namun geloranya tidak pernah mahu berhenti..

Aku menderita dalam dunia aku sendiri.. Tak siapa tahu.. Hatta rakan dan keluarga juga tak tahu.. Jelasnya aku kelihatan bertenaga di hadapan mereka.. Hakikatnya aku tak sekuat yang mereka sangka..

  Bisik hati :
         Adakah Allah menyayangiku sehingga menguji ku ditahap begini?

Teramat payah untuk aku harungi segalanya.. Meskipun ianya amat pahit namun akan aku cuba untuk menelan segala kapayahan dan keperitan yang bakal menjelma dalam hidup aku.. Tak pernah aku minta ianya terjadi.. Tapi Tuhan berikan..

Apa yang dapat aku lakukan? Hanya pada Allah tempat aku berserah.. Aku pasrah.. Aku tahu pasti ada hikmah disebalik setiap dugaan yang Allah berikan.. Kadangkala hikmah itu tak terjangkau dek pemikran cetek manusia.. Kerana itulah aku masih tak melepaskan tali pengharapn pada Tuhan..

Rabu, 29 Ogos 2012

Duhai sahabat..



Ya Allah..
Titipkan ketenangan buat dia yang sedang keresahan..

Ya Allah..
kembalikan keceriaan buat dia yang kedukaan..

Ya Allah..
gantikan tangisan dia dengan senyuman..

Ya Allah..
jika ini ujian maka berikan dia kekuatan..

Sahabatku ketahuilah..
tiada yang lebih mengerti perasaanmu, melainkan Allah.
Tiada yang lebih dekat kepadamu, melainkan Allah.
Maka mintalah dan adukan segalanya dalam sujudmu kepadaNya..

Sahabatku..
 "Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tidak selalu bahagia.. Sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tidak lagi mampu bertahan.. Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka.. Hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan…"

Khamis, 2 Ogos 2012

Sahabat until jannah


Ya Allah..
Sahabat buat hati gembira
Mesra kami penawar duka
Rindu kami menambah rasa
Rajuk kami membuah ceria

Ya Allah..
Silaturrahim kami ukhwah fillah
Bermusuh kami nau'zubillah
Berpisah mati insyaallah
Pengubat hati doa Rabithah

Ya Allah..
Rahmati kami meniti usia
Terpisah kami di alam nyata
Temukan kami di taman
Syurga
Aamiin

Maafkan


Ku mencuba meluahkan rasa dalam coretan tinta
Sedangkan aku sendiri tak tahu bagaimana hendak ku luahkan
Namun ku tetap berusaha untuk luahkan rasa ini
Ku tulis kata hati menjadi sebuah puisi
Anyaman kata-kata dan perasaanku
Kerana mulut ini tak mampu mengungkai semua rasa yang ada di dada

Maafkan kiranya ada kata yang menyakitkan
Bukan niatku untuk menyakiti sesiapa terutama dirimu yang baik hati
Tapi kusedar aku bukanlah insan sempurna
Aku hanya manusia biasa yang tak sepi dari melakukan kesilapan
Moga Allah sentiasa mengampunkan segala kesilapan dan kealpaanku

Maafkan ku andai hadirku jua telah menyusahkanmu dan membuat hatimu terluka dengan sikapku
Andai masa dapat kuputar..
Akan ku pilih untuk tidak mengenali mu agar tak ada hati yang luka berdarah
Aku sendiri masih tak mengerti rasa hatiku
Kerana selama ini aku sekadar menganggap dirimu sebagai teman
Walau ku tahu kau lebih dari indah
Namun apakan daya telah kucuba untuk lebih daripada itu

Tapi masih tak mampu

Apa yang dapat ku katakan
Carilah pengganti yang lebih baik dari diri ini
Kerana aku tak mampu untuk membahagiakan mu
Biarlah aku menjadi masa lalu mu
Aku tak mahu memberi kepedihan kepada mu lagi
Cukuplah biar aku pergi dan membawa sesalku
Simpanlah air mata mu dari ku

Doaku...
Semoga diri mu menemui pengganti diriku
Yang akan mencintaimu dan membahagiakan mu dengan cintanya
Mungkin penyesalan yang akan kau terima
mencintai orang yang tak pernah mencintai kita
Tetapi...
Seandainya nama mu yang telah tercatat di Lauhul Mahfudz untuk diriku
Nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita


Dan andai jodoh kita bersama
Pasti akn bertemu jua suatu hari nanti
Bila dan dimana? Itu aku tidak pasti
Jadi usah engkau bimbang soal cinta dan perasaan
Jika hubungan ini terputus sekalipun, percayalah bahawa itu sudah tercatat di dalm takdir
Maafkan aku...

Khamis, 5 Julai 2012

mungkin terlalu awal

Assalamualaikum..

Haii. Percayakah anda pada cinta pandang pertama? ohh, mesti sesetengah orang percaya, sesetengah jugak tak. Saya pun tak percaya. Mungkin perkenalan itu terlalu singkat, tapi awak da berjaya mencuri hati saya. wahh~ tahniah kepada awak yang telah berjaya ;) you're the good thief and i'll catch you and put you into prison my heart.

Alhamdulillah, saya bersukur sebab Allah hadirkan awak selepas penantian yang mugkin terlalu lama jugak la. Awak selalu ada time saya perlukan seseorang untuk menjadi pendengar. Awak jugak yang selalu dengar luahan hati saya, yang selalu layan kerenah saya yang ntah ppew.
Awak sentiasa baik dengan saya, awak banyak bersabar dengan karenah saya, awak sentiasa berusaha menggembirakan saya walau apapun mood saya ketika itu. The thing love about you is that you make me laugh when nothing's funny. Hmm, good things take time kan.
We still have time to know each other. Kita still boleh jadi kawan rapat kan a.k.a TTM macam yang awak cakapkan.. :)