Khamis, 2 Ogos 2012

Maafkan


Ku mencuba meluahkan rasa dalam coretan tinta
Sedangkan aku sendiri tak tahu bagaimana hendak ku luahkan
Namun ku tetap berusaha untuk luahkan rasa ini
Ku tulis kata hati menjadi sebuah puisi
Anyaman kata-kata dan perasaanku
Kerana mulut ini tak mampu mengungkai semua rasa yang ada di dada

Maafkan kiranya ada kata yang menyakitkan
Bukan niatku untuk menyakiti sesiapa terutama dirimu yang baik hati
Tapi kusedar aku bukanlah insan sempurna
Aku hanya manusia biasa yang tak sepi dari melakukan kesilapan
Moga Allah sentiasa mengampunkan segala kesilapan dan kealpaanku

Maafkan ku andai hadirku jua telah menyusahkanmu dan membuat hatimu terluka dengan sikapku
Andai masa dapat kuputar..
Akan ku pilih untuk tidak mengenali mu agar tak ada hati yang luka berdarah
Aku sendiri masih tak mengerti rasa hatiku
Kerana selama ini aku sekadar menganggap dirimu sebagai teman
Walau ku tahu kau lebih dari indah
Namun apakan daya telah kucuba untuk lebih daripada itu

Tapi masih tak mampu

Apa yang dapat ku katakan
Carilah pengganti yang lebih baik dari diri ini
Kerana aku tak mampu untuk membahagiakan mu
Biarlah aku menjadi masa lalu mu
Aku tak mahu memberi kepedihan kepada mu lagi
Cukuplah biar aku pergi dan membawa sesalku
Simpanlah air mata mu dari ku

Doaku...
Semoga diri mu menemui pengganti diriku
Yang akan mencintaimu dan membahagiakan mu dengan cintanya
Mungkin penyesalan yang akan kau terima
mencintai orang yang tak pernah mencintai kita
Tetapi...
Seandainya nama mu yang telah tercatat di Lauhul Mahfudz untuk diriku
Nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita


Dan andai jodoh kita bersama
Pasti akn bertemu jua suatu hari nanti
Bila dan dimana? Itu aku tidak pasti
Jadi usah engkau bimbang soal cinta dan perasaan
Jika hubungan ini terputus sekalipun, percayalah bahawa itu sudah tercatat di dalm takdir
Maafkan aku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan