Ahad, 2 Jun 2013

Bahagia diminta, luka diberi..

Ya Allah..
Aku diuji lagi...hati ini tidak pernameminta untuk diuji sebegini..
hati ini sudah serik untuk diuji dengan bertalu2..
Ya Allah..
Besar sungguh ujianMu ini..
Tidak tertanggung rasa hati hambaMu ini dengan ujian yg Engkau berikan..
Berilah kekuatan untukku menghadapinya Ya Allah...




Saat Kau uji aku dengan ujian yang maha hebat sehingga aku rasa berputus asa. Bertimpa-timpa ujian yang Kau hadirkan buatku sehingga tak terdaya diri ini. Acapkali air mata ini mengalir saat ujianMu bertandang. Lemahnya diri ini Ya Allah. Terasa mahu rebah.

Kadangkala aku cemburu melihat kebahagian orang lain. Aku juga ingin bahagia seperti yang lain. Hingga ku terfikir berputarlah kembali waktu yang lalu supaya aku dapat merasai kebahagiaan itu lagi. Ya Allah aku tahu Engkau mendengar luahan rasa sekeping hati yang lemah ini. Aku mohon Engkau berilah aku kekuatan untuk aku terus melangkah. 

Ya Allah.. betapa hinanya hambaMu ini baru diuji dengan ujian yang kecil sudah mula ‘melatah’. Ya Allah.. betapa malunya hambaMu ini.. Baru dijentik secebis kelukaan dalam hidup, hambaMu ini telah merasakan hidup yang kelam. Ya Allah.. Moga Kau kuatkan hati ini, istiqamah dalam perjuangan ini.

Ya Rabb.. Semua datangnya dari Engkau dan semua akan kembali kepada Engkau, maka aku serahkan semua rasa ini kepadaMu. Kuatkanlah aku menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan, ikhlaskanlah hati ini untuk menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan buatku. Aku akan terus berusaha, demi memastikan yang terbaik buat keluarga ku. Namun natijahnya, hanya Engkau yang selayaknya menentukan.

Ya Allah aku harus tabah menghadapi semua ini.

Air mata segera ku kesat. Tak mahu ianya mengalir lagi. Tersenyumlah duhai hati! Pasti ada sinar disebalik kesedihan itu kelak. In Shaa Allah.. :')
Alhamdulillah aku diuji..

Rabu, 29 Mei 2013

Tuhan.. tolong jagakan dia untukku :')


Tuhan..
Mungkin aku bukan yang terbaik untuknya,
Mungkin juga aku tidak indah di mata nya,
Tolong jagakan dia untukku . .

Tuhan..
Aku terlalu jauh untuk melihat dia, 
Aku terlalu jauh untuk mencari tahu perihal dia, 
Tapi dalam hati Hanya KAU yang tahu, 
seberapa dekat dia di hati . . 

Tuhan.. 
Berikanlah dia kesihatan, 
Kurniakan lah dia kegembiraan, 
Agar aku juga turut senang melihat nya kelak, 
Andai KAU izinkan . . 

Tuhan..
Dalam hati hanya KAU yang mengerti, 
Rasa sakit , rasa rindu, 
Menahan perasaan yang tidak sepatutnya muncul untuk dia . . 

Tuhan.. 
Jika memang benar perasaanku ini salah terhadap dia, 
Kau pudarkan lah rasa ini , rasa yang ada dalam hati, 
Kerana makin hari rasa itu semakin menebal . . 

Tuhan.. 
Sekiranya ada hati lain yang layak menerima cinta dia, 
Kau pertemukanlah mereka segera dan bukalah mata hati ku 
Untuk aku berlalu pergi dari hidupnya . . 

Tuhan.. 
Begitu sukar menahan perasaan ini, 
Perasaan yang terpaksa didiamkan , ditahankan, 
Sesak setiap kali memikirkan nya
Tapi apa lah dayaku tanpa setiap kekuatan dari-MU . . 

Tuhan.. 
Andai memang aku tidak mendapatkan keizinan dari-MU untuk memiliki dia 
KAU lindungilah dia , KAU jagalah dia untukku, 
Itu cukup buat aku rasa lega dan senang . . 
Itu cukup buat aku bahagia untuk terus pergi dari hidupnya . .

KAU permudahkanlah urusannya, agar dia disenangi kelak, agar dia menjadi insan yang berguna untuk keluarga, agama
dan bangsa, agar aku bisa tersenyum melihat setiap kejayaan yang tercipta untuknya. 
Dan Kau temukan lah dia dengan seseorang yang jauh lebih baik dari ku. 
Itu cukup mengantikan perasaan sedih dan sakit yang aku tanggung. . 

Hanya SATU pintaku , 
JAGAKAN DIA UNTUKKU , 
YA ALLAH maha Pencipta Perasaan . 
Aamin ..


Sabtu, 23 Mac 2013

Sahabat yang aku cintai..


Walau aku pernah menyakitimu..
Walau kau pernah menyakitiku..
Itu tidak bermakna kita adalah musuh..

Aku tersakiti bukan kerana aku 

benci padamu..
Aku tahu kau tersakiti bukan kerana kau 
benci akan diri ku..

Aku tidak akan pernah mahu meninggalkan mu..
Walau payah seperti apapun
badai yang melanda..
Dan aku harap kau tidak berpaling dari ku..

Kerana...


Aku tetap mahu berjumpa dengan mu
di Syurga Allah..
Aku tetap mahu berjiran dengan mu 
di Jannah-Nya!



Selasa, 26 Februari 2013

Andai sakit itu adalah kifarah dosa ku. Aku redha.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

| Sayidatina Aishah berkata bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri ,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. |

  Alhamdulillah. Saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana Dia masih meminjamkan nyawa untuk saya go on with my life and masih diberi kesempatan untuk memperbetulkan kesalahan yang saya lakukan.
Mungkin ujian ini jugak untuk saya mendekatkan diri denganNya.
Kalau di fikir-fikirkan. Indahnya ujian ni kan..?? Dah lah ujian, dapat reward besar lagi. Jadi, sekiranya hadir suatu ujian pada kita, janganlah kita menyalahkan takdir sebaliknya bersyukurlah kerana Allah SWT masih lagi ingat akan diri kita even saya tahu saya dah jauh dariNya..

Alhamdulillah. Lesen motor saya dah pun diluluskan hari nih.
Tapi lepas je dari tuh Allah terus bagi saya hadiah dengan sedikit kesakitan.
Saya tak kisah andai itu dapat menggugurkan dosa-dosa saya, malah saya bersyukur.

Tadi time nak amik adik sekolah tetiba datang tebuan gigit tangan.
Eh tebuan ke maybe jugak bee. Aku pun tak pasti. Tapi apa perbezaannya???hshs
o0h.. Sakitnya Tuhan je tahu morever mase tuh aku tengah bawak motor.
Aku try lah tuk tepis tebuan tuh. K, sangat lah mengerikan. Dengan satu tebuan 2 gigitan aku kene.
Nasib baik masa tuh aku dapat kawal motor. Kalau tidak nauzubillah.

Aku gagahkan diri untuk ambik jugak adik aku kat sekolah.
Lama aku tunggu tapi tak jugak keluar.
Berkali-kali aku ulang kat sekolah tuh tanpa hiraukan rasa sakit nih.
Makin lama makin membengkak.
Aku try pergi rumah tokwan nak mintak ubat sebab kebiasaanya orang2 tua kan tahu.
Parents aku sibuk so cmnie lah aku, sakit pun diri sendiri tanggung lah.

Abis umah sedara aku pergi.
Tapi tak sape pun boleh rawat aku.
Lepas amik adik aku kat sekolah aku nekad pergi hospital.
Sendiri??? Oke pada mulanya memang sendri kenangkan keadaan makin teruk.
Satu badan naik gatal2 termasuklah dengan muka jugak.

Masa dalam perjalanan hujan turun aku terpaksa singgah dekat bengkel dad aku.
Tapi dad takde sebab buat kerja luar.
Tapi akhirnya dia balik jugak ke bengkel lepas aku call bagi tahu keadaan aku yang makin teruk.
Dan dia bawak aku pergi hospital dekat kecemasan.
Sejujurnya aku memang taknak susahkan dia. T_T

Alhamdulillah aku tak kene tunggu lama terus je boleh masuk.
Aku kene inject wott.
Nurse tanya sakit tak tapi aku cakap tak.
Pastu dia tanya balik yeke??
Ishh~ aku ketuk jugak kepala nurse nih. (dalam hati)
K, aku cakap nawok je. Mestilah sakit. huhh -,-

Dia tak terus cabut lah jarum tuh?
K, Sila 6ges sekarang.
 Waa.. Kenapa nurse, bila boleh cabut?
Nurse cakap tunggu doc beri arahan.

Doc datang cakap aku nih alahan. Ouch, First time dapat alahan seteruk ini.
Doc cakap kalau tak surut jugak dalam masa setengah jam aku kene tahan di wad.
Huwaa~ Taknak duk hospital nanti kene suntik lagi.
Tapi...
Sempat jugak aku terlelap dekat hospital. Ihiks
Tengah2 nyenyak aku tidur tetiba datang satu sore panggil nama aku.
Eh aku kat mana nih?
Tengok-2 muka doc, terus aku bangkit.
Dia pesan blaa3~ Aku lupa.
And..and alhamdulillah aku dah boleh balik.
Horaiyy..
Cuma disini, saya nak citer yg Allah berikan saya sakit agar sy thu bersyukur bukan nak meraih simpati.
Sesungguhnya kesakitan yang ditanggung tak lah begitu berat berbanding penyakit kronik.
Tapi untuk saya,agak sakit..tapi takpe lah,saya redha..

Semoga Allah menunjukki saya jalan kebenaran. Semoga saya sentiasa didalam limpahan Nur RahmatNya. Semoga saya tidak mati melainkan didalam Iman dan Islam.



Rabu, 23 Januari 2013

Untuk dia..

Assalamualaikum w.b.t..
Fuhhh²...
Berhabuk blog saya sebab lama tak bukak. Act bukak pun sebab ada story. Kalau tak, tak de nye nak bukak kan? Ahaa..
Kalau lah blog nih boleh bercakap (.....)
Eh kalau betul
² blog nih boleh bercakap, aku pulak yang pengsan rasanya.
Sebenarnya aku sibuk gila! Yerr lah. Tengah exam kot. Lagi² tahun nie nak SPM. Oke,wish me luck.
Nie pun ambil masa jugak nak melepaskan perasaan sebab terasa rindu nak berkepit dengan ''Miss blogger''.
Ooh yaa..

Tarraaa......huhu


Untuk siapa? Cuba teka. ahaks. 


Pasti korang akan cakap untuk pakwe kan? Itu tidak benar sama sekali k!


Jam kita sama lah wak..


Oke.. Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku post bende tuh.
Lain kali tak yah nak susahkan umi lagi.
Punya lah susah nak post. Suruh umi asyik lupa je kan. Terpaksa lah pergi sendiri. Kalau tak, sampai bila² lah jadi harta pusaka kat rumah.
Mula² masa pergi pejabat post. Segan sampai tak de tahap lagi dah. 
Eh..Kenapa nak segan pulak?
 Iyee lah..Segan sebab ramai sangat orang laki. So pergi lah bandar kejap.
Ingat tak jadi dah nak post hari nih.Tapi time balik singgah Gdex. Nasib baik tak tutup lagi. K k, mula² segan lah sebab kita tak de pengalaman bab post² bagai nie kan. Tapi tak mengapa dapat pengalaman baru. Kakak kat Gdex tuh cakap aku nak bagi kat bofie.
Ishh²
Tengok.. Cepat sangat salah anggap kan.
Bukan bofie lah kak. Sebab saya tak nak dia jadi bofie saya. Saya nak dia jadi imam saya.
Eeiyy... Menggatal pulak.

Aku harap sampai lah benda tu kat tangan dia.
Kalau tak memang aku menangis berlagu kangen band lah. huh =='
Bila dia bukak nanti mesti dia hairan kenapa mesti sampai 3 kotak aku bungkus dia punya hadiah tuh. Ahaks.
Oke, sebenarnya ada maksud tersendiri. Kalau dia boleh baca apa yang aku maksudkan.
Memang tersangat lah bijak.
Ehermm
"Yang sebenarnya saya bagi kat awak tuh bukan nak mintak awak selalu ingat saya. Cuma saya harap awak tak lupakan saya even awak jauh dari saya."

Mengapa kalau teringatkan dia, aku rasa sebahagia daripada hati aku yang ada dalam tubuh ni macam ngilu je. Simtom apakah itu?
Oke lah, stop kat sini dulu.

Aku nak ucapkan:
Salam Maulidur Rasul buat semua umat islam. Banyakkan selawat sebagai tanda ingatan pada junjungan Nabi Muhammad s.a.w.