Di sini..
Akan bermula episod baru dalam kehidupan.
Dan hari ini..
Akan aku belajar untuk menerima kenyataan bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Tetapi teramat payah untuk ku harungi segalanya.
Tetapi teramat payah untuk ku harungi segalanya.
Meskipun ianya amat pahit namun apakan daya, akan aku cuba untuk harungi segala kepayahan dan keperitan yang bakal menjelma dalam hidupku.
Meski senyum menutup duka di dada, namun tangisan hati ini hanya aku yang rasa.
Aku sedar, tiada siapa yang mengetahui apa yang bakal berlaku esok hari.
Apakah kita mampu untuk terus berada di bawah langit biru tanpa mendung hitam? Diuliti kebahagiaan tanpa sedikit pun kedukaan.
Adakalanya kita tak mahu menerima kenyataan yang hari ini akan menjadi sejarah dan esok akan berlalu.
Peristiwa yang kita rancang dan kisah yang tak kita duka pula terjadi semuanya sudah disuratkan untuk berlaku..
Ya Allah aku mohon supaya diresapkan secebis ketabahan dalam nubari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan