Ahad, 2 Jun 2013

Bahagia diminta, luka diberi..

Ya Allah..
Aku diuji lagi...hati ini tidak pernameminta untuk diuji sebegini..
hati ini sudah serik untuk diuji dengan bertalu2..
Ya Allah..
Besar sungguh ujianMu ini..
Tidak tertanggung rasa hati hambaMu ini dengan ujian yg Engkau berikan..
Berilah kekuatan untukku menghadapinya Ya Allah...




Saat Kau uji aku dengan ujian yang maha hebat sehingga aku rasa berputus asa. Bertimpa-timpa ujian yang Kau hadirkan buatku sehingga tak terdaya diri ini. Acapkali air mata ini mengalir saat ujianMu bertandang. Lemahnya diri ini Ya Allah. Terasa mahu rebah.

Kadangkala aku cemburu melihat kebahagian orang lain. Aku juga ingin bahagia seperti yang lain. Hingga ku terfikir berputarlah kembali waktu yang lalu supaya aku dapat merasai kebahagiaan itu lagi. Ya Allah aku tahu Engkau mendengar luahan rasa sekeping hati yang lemah ini. Aku mohon Engkau berilah aku kekuatan untuk aku terus melangkah. 

Ya Allah.. betapa hinanya hambaMu ini baru diuji dengan ujian yang kecil sudah mula ‘melatah’. Ya Allah.. betapa malunya hambaMu ini.. Baru dijentik secebis kelukaan dalam hidup, hambaMu ini telah merasakan hidup yang kelam. Ya Allah.. Moga Kau kuatkan hati ini, istiqamah dalam perjuangan ini.

Ya Rabb.. Semua datangnya dari Engkau dan semua akan kembali kepada Engkau, maka aku serahkan semua rasa ini kepadaMu. Kuatkanlah aku menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan, ikhlaskanlah hati ini untuk menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan buatku. Aku akan terus berusaha, demi memastikan yang terbaik buat keluarga ku. Namun natijahnya, hanya Engkau yang selayaknya menentukan.

Ya Allah aku harus tabah menghadapi semua ini.

Air mata segera ku kesat. Tak mahu ianya mengalir lagi. Tersenyumlah duhai hati! Pasti ada sinar disebalik kesedihan itu kelak. In Shaa Allah.. :')
Alhamdulillah aku diuji..