Khamis, 1 November 2012
You just only know me but not my story
Semua orang punya masalah sama macam aku.. Kekadang masalah itu buat kita matang.. Kerna ia adalah ujian dari Allah untuk menguji tahap kesabaran kita.. Allah takkan uji hambanya melainkan hambanya mampu untuk menghadapi..
Mungkin orang lihat aku bahagia dengan kehidupan aku kerana mereka sering melihat aku tersenyum.. Meski senyum menutup luka di dada namun geloranya tidak pernah mahu berhenti..
Aku menderita dalam dunia aku sendiri.. Tak siapa tahu.. Hatta rakan dan keluarga juga tak tahu.. Jelasnya aku kelihatan bertenaga di hadapan mereka.. Hakikatnya aku tak sekuat yang mereka sangka..
Bisik hati :
Adakah Allah menyayangiku sehingga menguji ku ditahap begini?
Teramat payah untuk aku harungi segalanya.. Meskipun ianya amat pahit namun akan aku cuba untuk menelan segala kapayahan dan keperitan yang bakal menjelma dalam hidup aku.. Tak pernah aku minta ianya terjadi.. Tapi Tuhan berikan..
Apa yang dapat aku lakukan? Hanya pada Allah tempat aku berserah.. Aku pasrah.. Aku tahu pasti ada hikmah disebalik setiap dugaan yang Allah berikan.. Kadangkala hikmah itu tak terjangkau dek pemikran cetek manusia.. Kerana itulah aku masih tak melepaskan tali pengharapn pada Tuhan..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan